ARTIKEL

Kerajaan negeri perlu seiring Persekutuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELAKA: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Kamil Abdul Munim menegaskan kerajaan negeri perlu seiring dengan kerajaan Persekutuan supaya dasar pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan memberi manfaat lebih besar kepada rakyat.

Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan menyifatkan keselarasan hala tuju dan pendirian kedua-dua peringkat pentadbiran penting demi agenda pembangunan negara yang menyeluruh.

Selain itu, beliau menyebut projek Melaka Gateway berpotensi menambah nilai kepada pembangunan dan perdagangan negeri jika diurus dengan baik, tetapi lama terbengkalai walaupun beberapa janji pemulihan pernah dibuat.

Dalam ucapan pada ceramah kelompok kempen calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelebang Farzana Hayani Mohd Nasir, beliau berkata penyelarasan itu dapat direalisasikan jika PH membentuk kerajaan baharu selepas PRN seperti dilapor Bernama.

Muhammad Kamil turut berjanji membantu menangani isu banjir berulang di Bukit Rambai dan Seberang Gajah sejak 20 tahun lalu dengan membawa permohonan kepada Perdana Menteri, manakala Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 14 Nov sebagai hari mengundi dan 10 Nov bagi pengundian awal.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Misi ke final Piala FA

KEMENANGAN bergaya 2-0 ke atas wakil Korea Selatan, Gangwon FC dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) tiga hari lepas bakal menjadi suntikan moral buat