ARTIKEL

BERAS MADANI... Beras itu akan dijual pada harga RM30 sekampit, berkuat kuasa 19 Februari ini dan akan berada di pasaran bermula 1 Mac. - GAMBAR BERNAMA

Kerajaan perkenal Beras Putih Malaysia MADANI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUCHONG: Kerajaan bersetuju memperkenalkan Beras Putih Malaysia MADANI bagi menangani isu manipulasi dan kenaikan harga beras tempatan.

Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Kebangsaan Mengenai Kos Sara Hidup (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, beras itu akan dijual pada harga RM30 sekampit dan akan berada di pasaran bermula 1 Mac.

“Telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, sekampit 10 kilogram beras putih berharga RM30. Ini memberikan ruang selepas 18 tahun harga beras tak naik.

“Petani dan pesawah lebih selesa dengan harga siling beras, mereka boleh dapat minimum (harga) lantai RM1,300, jadi industri juga boleh survive.

“Bagi sekampit lima kilogram harganya RM15.50, bagi sekampit kecil satu kilogram berharga RM3.50,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau memaklumkan, sememangnya terdapat kenaikan harga tanpa kawalan bagi beras putih yang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia, manakala beras putih super tempatan, yang dikawal harga pada RM26 sekampit, sudah tiada dalam pasaran.

“Sebelum ini, beras putih import lebih rendah harganya daripada beras tempatan. Tak ada isu kerana beras tempatan ada harga silingnya, beras import lebih rendah (harga), kalau berlaku pencampuran dan sebagainya, tiada kesan pada harga.

“Tetapi apabila berlaku kenaikan harga beras global, harga beras import naik. Apabila ini berlaku, terdapat kecenderungan pengilang dan peniaga menjual beras import.

“Beras tempatan akhirnya jadi beras import, dicampur dan sebagainya. Kerana itu tidak kelihatan beras tempatan dijual,” tambahnya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Polis buru 10 ahli kumpulan jenayah terancang

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan 10 individu disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Selangor. Pengarah Jabatan Siasatan

BERITA TERBARU