ARTIKEL

Kerajaan Perpaduan setuju salurkan peruntukan kepada pembangkang, MoU dirangka – Fadillah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada dasarnya bersetuju mempertimbang menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Fadillah berkata, satu draf memorandum persefahaman (MoU) dirangka terlebih dahulu dan dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.

Menyentuh isu Ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri, Pensyarah Pusat Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak Universiti Teknologi Malaysia Prof Madya Dr Mazlan Ali berkata, tindakan Bersatu meminda perlembagaan parti itu berhubung pelucutan keahlian parti bagi Ahli Parlimen dan ADUN yang menyokong mana-mana pihak bertentangan dengan parti atau musuh sebagai sesuatu yang tidak jelas.

“Dari sudut politik saya lihat kenyataan ahli politik yang tak bersetuju dengan enam Ahli Parlimen itu sekadar motivasi untuk mengekalkan keyakinan dalam parti.

“Sementara, dari segi undang-undang, saya lihat terlalu kabur dan kalau pun berlaku, proses perundangan akan memakan masa dan selepas tiga tahun mendatang Parlimen ini tidak boleh buat pilihan raya lagi,” katanya.

Bernama

BERITA LAIN

Polis buru 10 ahli kumpulan jenayah terancang

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan 10 individu disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Selangor. Pengarah Jabatan Siasatan

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)