PUSA: Kerajaan Persekutuan digesa menyelesaikan isu kekurangan guru di sekolah luar bandar dan pedalaman Sarawak.
Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli berkata, terdapat sekolah dengan bilangan guru sedia ada tidak dapat menampung jumlah murid dan berhadapan cabaran sukar.
“Saya rujuk Sekolah Kebangsaan (SK) Pusa yang mendaftarkan 431 murid, sedangkan bilangan guru hanya 28. Saya difahamkan oleh Guru Besar Ramaini Alek, mereka sangat berharap kerajaan dapat memenuhi kuota yang ditetapkan,” katanya






