ARTIKEL

Kerajaan Sarawak kaji tingkatkan kuantum gaji bagi hentikan rasuah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Abang Johari diiringi tetamu kehormat lain ketika melakukan simbolik perasmian Hari Integriti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di sini, semalam.

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang mengkaji kemungkinan meningkatkan kuantum gaji dalam perkhidmatan awam negeri sebagai satu usaha untuk menghentikan rasuah.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pendekatan sedemikian adalah serupa dengan apa yang diamalkan di Singapura.

“Penjawat awam tidak dibayar gaji yang mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat sehingga menimbulkan kecenderungan meminta-minta, wang bawah meja, salah guna kuasa dan sebagainya.

“Ini (kenaikan gaji) memerlukan kajian teliti kerana kerajaan negeri tidak boleh begitu sahaja mewujudkan jawatan atau mewujudkan sistem gaji dan faedah pencen sendiri tanpa tertakluk kepada perkhidmatan awam persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena perasmian Hari Integriti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di sini, hari ini.

Menurut Abang Johari, semua jawatan berpencen tertakluk kepada kelulusan Jabatan Perkhidmatan Persekutuan (JPA) memandangkan semua pencen dibayar oleh kerajaan persekutuan.

“Tetapi saya fikir kita mempunyai jalan untuk mengatasi masalah ini dengan syarat kita mempunyai ekonomi yang kukuh,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata akan memperkenalkan Rang Undang-Undang untuk menubuhkan dana kekayaan berdaulat.

“Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang, saya akan perkenalkan dana kekayaan berdaulat, yang juga termasuk dana wakaf.

“Saya harap jika kita mendapat pulangan yang baik dan ekonomi serta kedudukan kewangan kita kukuh, sudah tentu kita boleh berkongsi manfaat dengan penjawat awam,” katanya.

BERITA LAIN

Wanita rentung dalam kebakaran

KUCHING: Seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Taman Kim Pang di sini, petang tadi. Jurucakap

BERITA TERBARU