ARTIKEL

Kehadiran Huang Tiong Sii menyerikan Majlis Perasmian Pembukaan Liga Bola Keranjang 2025 di Sarikei.

Kerajaan Sarawak komited lonjak potensi belia Sarikei dalam arena bola keranjang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Kerajaan Sarawak terus memberi perhatian terhadap pembangunan sukan dengan menekankan potensi generasi muda Sarikei untuk diketengahkan dalam arena bola keranjang.

Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datuk Sri Huang Tiong Sii berkata, usaha bersepadu itu dilaksanakan kerana menyakini potensi anak muda bahagian ini dalam bidang berkenaan.

Katanya, bakat mereka perlu digilap secara terancang dan berterusan melalui program latihan yang sistematik sejak di bangku sekolah.

“Saya melihat anak muda Sarikei berpotensi besar untuk mencapai tahap terbaik, namun sokongan semua pihak termasuk ibu bapa dan masyarakat amat diperlukan,” katanya ketika berucap merasmikan Liga Bola Keranjang 2025 di sini, malam tadi.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas komitmen kerajaan negeri di bawah pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang sentiasa mengutamakan pembangunan sukan.

Menurutnya, pelbagai inisiatif dilaksanakan termasuk menaik taraf kemudahan sekolah, penyediaan peralatan sukan dan pembangunan prasarana di Sarikei serta Bintangor bagi merancakkan pelibatan belia.

“Sebagai wakil rakyat, saya sentiasa memberi perhatian terhadap pembangunan sukan.

Melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP), sebuah gelanggang bola keranjang berbumbung sedang dibina di Meranti dan kini dalam proses penambahbaikan,” jelasnya.

Liga Bola Keranjang 2025 yang berlangsung dari 15 Ogos hingga 7 September dijangka menjadi medan menguji kemampuan pemain tempatan.

Pada majlis yang sama, Tiong Sii turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Kelab Bola Keranjang Repok sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran dan perkembangan sukan tersebut.

BERITA LAIN

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga

SAREX26 dijangka lepasi sasaran 800 peserta

KUCHING: Ekspo E-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) dijangka melepasi sasaran penyertaan 800 peserta apabila 600 orang sudah mengesahkan penyertaan menjelang penganjurannya pada 13 hingga 15 November

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah