ARTIKEL

Kerajaan Sarawak perkenal inisiatif untuk pelajar melanjutkan pelajaran di UTS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Membiayai Biasiswa Yayasan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) untuk semua pelajar, adalah antara empat inisiatif Kerajaan Sarawak untuk membantu para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di universiti berkenaan.

Mengumumkan inisiatif-inisiatif itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata biasiswa itu akan menanggung yuran pengajian sebanyak RM10,000 seorang pelajar.

“Pengurangan yuran pengajian ini adalah sebanyak RM4.5 juta hingga RM7 juta setahun sepanjang lima tahun,” katanya pada Majlis Pelancaran UTS di sini, hari ini.

Selain itu, katanya adalah membiayai Biasiswa Sarjana Muda dan Pascasiswazah UTS, iaitu Skim Biasiswa Khas untuk warga Sarawak dengan menanggung 50 peratus yuran pengajian semua program pra-siswazah dan pascasiswazah.

“Berdasarkan unjuran lima tahun, ini menunjukkan sumbangan/komitmen sebanyak RM17.2 juta hingga RM27 juta setahun dari UTS,” katanya.

Abang Johari menambah turut diperkenalkan Skim Bursari UTS untuk warga Sarawak kategori B40 dan M40 iaitu skim biasiswa untuk menampung 80 peratus daripada yuran pengajian.

“Skim ini menampung untuk 100 pelajar Bumiputera dan 100 pelajar bukan Bumiputera setahun.

“Berdasarkan unjuran lima tahun, ini menunjukkan sumbangan/komitmen kerajan negeri sebanyak RM3 juta setahun UTS,” katanya.

Manakala, katanya bantuan kewangan lain ialah daripada Yayasan Sarawak, dalam bentuk pinjaman pelajaran tampa faedah untuk menampung pembelajaran serta kos sara hidup semasa melanjutkan pelajaran di UTS.

Justeru, beliau berkata dengan adanya biasiswa dan insentif kewangan yang lain, ia akan memberi lebih banyak peluang kepada rakyat Sarawak di semua peringkat untuk melanjutkan pelajaran ke UTS yang merupakan milik penuh Kerajaan Sarawak.

Katanya inisiatif itu juga akan memberi akses yang lebih besar kepada pendidikan tinggi mampu milik untuk semua palajar yang berada di kawasan luar bandar terutamanya pelajar yang dari kategori B40.

“Dengan adanya rombakan dari segi yuran, UTS dijangka akan mendapat pelajar sehingga kapasiti maksimum 4,000 pelajar menjelang tahun 2024,” katanya.

Sementara, Abang Johari turut mengumumkan penubuhan Kursi Penyelidikan baharu iaitu “Dr. Wong Soon Kai Chair in Medical Device Technology” untuk meningkatkan penyelidikan dan pembangunan dalam UTS.

Katanya pembiayaan untuk kursi itu akan ditaja oleh kerajaan negeri di bawah Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi dengan jumlah RM2 juta.

BERITA LAIN

Beg sekolah untuk 5,917 pelajar di 46 sekolah Sarikei

SARIKEI: Seramai 5,917 pelajar daripada 46 sekolah di kawasan Sarikei menerima sumbangan beg sekolah menerusi inisiatif bantuan pendidikan bagi memastikan mereka mempunyai kelengkapan yang mencukupi

Fokus keperluan pendidikan luar bandar, kebajikan guru

JULAU: Sebanyak RM50,000 disalurkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau No.2 bagi membolehkan pihak sekolah mendapatkan televisyen pintar (Smart TV) bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran

BERITA TERBARU

16 pasukan bertanding, Akademi SJN muncul juara

KUCHING: Akademi SJN dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun (B-12) selepas menewaskan Akademi Nexus 2-1 pada