ARTIKEL

Gambar Hiasan | Freepik.com

Kerana mulut badan binasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BARU-BARU ini tular di laman sosial, bapa kepada murid autistik menyuarakan kekecewaannya dengan sikap guru pendidikan khas yang mengutuk anaknya dalam ruangan sembang aplikasi WhatsApp.

Dipercayai guru itu tersilap menghantar mesej dalam kumpulan sembang kelas sebelum bertindak memadam semula perbualan tersebut.

Namun, bapa kepada murid berkenaan sempat membuat tangkap layar sebelum berkongsi perkara itu di laman sosial.

Mesej penghinaan itu berbunyi: “anak bongkok, tidak lama keluar sudah dari jade.

Sekali anak Zaleha masuk… minta puji mamanya mahu itu ini. Ku dera tu” disertai dengan imej murid terbabit.

Bapa kepada murid itu berpendapat guru sepatutnya profesional dan bukannya berjemaah dengan rakan lain mengutuk anak-anak istimewa.

Tambahnya, sebagai ibu bapa, mereka tidak mempunyai pilihan untuk memiliki anak syurga, sebaliknya individu tersebut mempunyai pilihan untuk memilih profesion guru berkeperluan khas.

Seperti peribahasa kerana mulut badan binasa, kutukan guru itu akhirnya memakan diri sendiri apabila beliau dipanggil oleh Jabatan Pendidikan Sabah untuk memberi penjelasan.

Ahad lalu, Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Datuk Raisin Saidin memaklumkan, pihaknya sedang melaksanakan siasatan dan sudah memanggil guru terbabit.

Jabatan Pendidikan Sabah turut menegaskan, pihaknya memandang serius perkara itu dan tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan guru yang bercanggah dengan etika profesion perguruan.

Raisin juga menekankan bahawa murid seharusnya disayangi, lebih-lebih lagi golongan berkeperluan khas.

Daripada kes guru itu, kita mendapat pengajaran iaitu harus sentiasa menjaga tutur kata bagi mengelak menanggung akibat buruk, termasuk implikasi peraturan tatatertib atau undang-undang.

Bukan setakat itu, perbuatan tersebut sudah tentu mengundang kemarahan warga siber sehinggakan ada yang mencari butiran terperinci guru terbabit.

Warga siber turut mempersoalkan tindakan guru yang tidak beretika itu memandangkan beliau sendiri memiliki seorang anak syurga.

Sesungguhnya, individu berkeupayaan khas ini mempunyai cara komunikasi dan perlakuan berbeza, namun mereka juga layak mendapat penghormatan dan penghargaan yang sama seperti orang lain.

Mereka yang berada dalam spektrum autisme ini memiliki keunikan dan kelebihan tersendiri yang perlu kita hargai dan fahami dengan mendalam.

Pandangan masyarakat yang menganggap autisme sebagai ‘penyakit’ juga perlu diubah kepada ‘perbezaan’.

Justeru, dengan meningkatkan kesedaran berkaitan autisme, kita tidak hanya membantu individu autistik, tetapi juga membentuk masyarakat yang lebih empati, inklusif dan toleransi.

Budaya tidak meminggirkan dalam masyarakat juga perlu dipromosi, dengan memberi peluang yang sama kepada individu autistik atau berkeperluan khas sama ada dalam pendidikan, pekerjaan mahupun aktiviti sosial.

Oleh itu, pengetahuan komprehensif masyarakat mahupun pendidikan berkaitan autisme amat penting. Bukan hanya untuk menghargai keunikan individu autistik, tetapi mengelak daripada memperlekehkan golongan ini.

Pendidikan berkaitan autisme bukan hanya setakat memberikan pengetahuan, tetapi juga menggalakkan sikap toleransi, empati serta penghargaan akan keunikan seseorang individu.

BERITA LAIN

Ancaman halus dunia hiburan

HAMPIR semua orang mengakui kesan negatif terhadap akhlak dan tingkah laku dalam kalangan masyarakat akibat filem dan siri yang banyak memaparkan adegan ganas, seks, ekstremisme

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan