ARTIKEL

Nancy ketika ditemui pemberita pada Seminar Latihan Kesaksamaan Ketidakupayaan (DET) dan Program Perkhidmatan Job Coach Tahun 2025 di sini, hari ini. | Foto: Ramidi Subari

Kerja Pembaikan Jeti Pontun Telaga Air Dimulakan Segera, Siap Dalam Lima Bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerja pembaikan jeti pontun yang runtuh di Esplanad Telaga Air akan dimulakan segera dan dijangka siap dalam tempoh lima bulan.

Ia bagi memastikan penduduk Kampung Telaga Air dan kanak-kanak sekolah dapat menggunakan laluan tersebut dengan selamat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri mengunjungi tapak itu pagi tadi bersama-sama agensi teknikal berkaitan, setelah menerima pelbagai aduan daripada penduduk mengenai keadaan jeti tersebut.

Tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong, pembaikan ini merupakan keperluan segera bagi meringankan beban penduduk kampung.

“Kami mengambil inisiatif membaiki jeti kayu sementara untuk kegunaan pelajar dan penduduk kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Seminar Latihan Kesaksamaan Ketidakupayaan (DET) dan Program Perkhidmatan Job Coach Tahun 2025 di sini, hari ini.

Tambahnya, taklimat berkaitan kerja pembaikan telah diberikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (DID), Lembaga Pemegang Amanah Tanah dan Pembangunan (LCDA), Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching, Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Lembaga Sungai Sarawak (LSS).

“Kami mempunyai peruntukan yang diluluskan, namun asalnya untuk projek lain.

“Kami berharap jabatan berkaitan membenarkan penggunaan RM200,000 untuk pembaikan kecemasan ini,” jelasnya.

Terdahulu, Nancy juga memaklumkan dalam hantaran di Facebook rasmi bahawa usaha segera akan dilakukan untuk membina jeti kayu sementara sebagai langkah keselamatan, sambil menunggu siasatan LSS berkaitan kerosakan jeti selesai.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU

Bina impian anak Sarawak

SETIAP kali Belanjawan Sarawak dibentangkan, perhatian masyarakat lazımnya tertumpu pada angka peruntukan, projek pembangunan dan pelan ekonomi negeri. Namun, ukuran sebenar kejayaan sesebuah belanjawan bukan

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga