ARTIKEL

ohn Sikie menyampaikan bakul makanan kepada salah seorang asnaf pada Majlis Berbuka Puasa IPD Tatau.

Kerjasama Polis, Masyarakat Penting Wujudkan Persekitaran Selamat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TATAU: Kerjasama erat antara masyarakat dengan pihak polis penting dalam mewujudkan persekitaran yang aman dan harmoni di daerah Tatau.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Seri John Sikie Tayai berkata, usaha mengekalkan keamanan dan ketenteraman tidak boleh digalas oleh pihak polis semata-mata tanpa sokongan padu masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tatau di pekarangan IPD Tatau pada Khamis.

John Sikie menyampaikan duit raya kepada anak- anak warga IPD Tatau.

Menurutnya, hubungan baik ini perlu diperkukuh menerusi pelbagai inisiatif serta program bersama.

Katanya, program seperti Rukun Tetangga dan Polis Masyarakat Malaysia menjadi contoh usaha berkesan dalam mengeratkan hubungan antara pihak berkuasa dengan penduduk setempat.

Program sedemikian bukan sahaja membantu mencegah jenayah, malah berperanan dalam menangani isu pelanggaran undang-undang di daerah berkenaan.

“Semangat kerjasama ini amat penting bagi memastikan masyarakat dapat hidup dalam suasana aman, harmoni dan sejahtera,” katanya.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan bakul makanan kepada 20 asnaf dan duit raya kepada anak- anak warga IPD Tatau.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU