ARTIKEL

Wellie Henry Majang

Kerusi Satu Pertiga Di Parlimen Jamin Pelihara Hak Sarawak dan Sabah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia perlu diterjemahkan melalui penambahan kerusi Parlimen, bagi memastikan suara kedua-dua wilayah tidak terpinggir.

Menurut Penasihat Persatuan Intelektual Pribumi Sarawak (PERANTIS), Wellie Henry Majang, Dewan Rakyat merupakan platform utama suara rakyat dan berperanan menentukan hala tuju negara melalui proses perundangan.

“Kepentingan serta hak Sarawak dan Sabah tidak akan terjamin berikutan gabungan kerusi mereka di Parlimen adalah kurang daripada satu pertiga.

“Peruntukan satu pertiga itu bertujuan untuk memastikan suara dan kepentingan Sabah serta Sarawak tidak diabaikan dalam proses pembuatan dasar di peringkat kebangsaan, terutama dalam perubahan yang boleh memberi kesan besar kepada kedua-dua negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, dengan adanya satu pertiga daripada jumlah kerusi itu, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat dipastikan kekal terpelihara, yang disebut ‘safeguard’ dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold.

Jelasnya, sebarang pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan hanya boleh diluluskan dengan sokongan wajib dua pertiga daripada jumlah keseluruhan Ahli Parlimen.

“Kita mengulangi gesaan dan menyokong sepenuhnya penambahan kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak, selari dengan pengiktirafan sebagai wilayah yang membentuk Malaysia.

“Kerusi Parlimen di Dewan Rakyat bagi kedua-dua negeri ini perlu diberikan penambahan sekurang-kurangnya untuk mencapai satu pertiga jumlah kerusi,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau memberitahu bahawa amat memerlukan Ahli Parlimen yang aktif dalam Dewan Rakyat bagi memastikan hak Sabah dan Sarawak terus dipertahankan, sekali gus menjadi pengimbang kuasa politik pada peringkat persekutuan.

Ujarnya, Sarawak kini secara rasmi diiktiraf sebagai rakan kongsi Semenanjung Malaysia dengan berkuatkuasanya pindaan kepada fasal (2) Perkara 1 dan fasal (2).

Dengan berkuatkuasanya rang undang-undang tersebut, ia memberi manfaat yang dapat menjelaskan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam persekutuan selaras dengan MA63, di samping memberi pengiktirafan kepada perjanjian dalam Perlembagaan Persekutuan yang sebelum ini tiada rujukan.

“Justeru, untuk mengiktiraf Sarawak dan Sabah sebagai sebuah wilayah, tambah sekurang-kurangnya 29 kerusi Parlimen untuk wilayah-wilayah tersebut.

Perkara ini penting bagi memenuhi hasrat dan tujuan, iaitu memberi pengiktirafan bahawa Sabah dan Sarawak bukan hanya negeri setara dengan mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia, tetapi sebagai rakan kongsi dalam pembentukan,” katanya lagi.

Tambahnya, kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi sama rata dengan Semenanjung Malaysia perlu diterjemahkan melalui peruntukan perbelanjaan dan agihan kerusi Parlimen yang lebih adil dan seimbang berbanding sebelum ini.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan