ARTIKEL

Facebook Dr Dzulkefly Ahmad

Kes kusta meningkat 40 peratus tahun lepas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Kes kusta baharu dalam negara meningkat sebanyak 40 peratus kepada 256 kes pada tahun 2023 berbanding 183 kes tahun sebelumnya.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan sempena Hari Kusta Sedunia berkata peningkatan berkenaan berikutan pengukuhan aktiviti mencari dan mengesan kes secara bersasar di lapangan.

Beliau berkata KKM juga turut melaksanakan pemberian rawatan profilaksis Dos Tunggal Rifampicin kepada kontak rapat dan komuniti berisiko seperti saranan WHO sebagai langkah tambahan dalam mengurangkan risiko penyakit kusta.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU