ARTIKEL

Kes seks luar tabii disebut semula 8 April

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang anggota tentera yang mengaku tidak bersalah melakukan hubungan seksual luar tabii dan mencabul kehormatan seorang lelaki, dibebaskan dengan jaminan lanjut RM10,000 dengan dua penjamin tempatan semalam.

Hakim Mahkamah Sesyen Mohd Taufik Mohd Yusof mengarahkan tertuduh yang berusia 33 tahun dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu kes disebut semula pada 8 April depan.

Tertuduh menghadapi dua pertuduhan berasingan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara minimum lima hingga 20 tahun dan sebatan kerana didakwa melakukan hubungan seksual luar tabii dengan menghisap kemaluan mangsa yang berusia 26 tahun tanpa kerelaannya.

Bagi pertuduhan kedua iaitu mencabul kehormatan mangsa yang sama, tertuduh boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda ataupun sebatan atau kedua-dua hukuman berkenaan.

Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan berkenaan jam 4 pagi di sebuah tempat letak kereta di Jalan Chan Chin Ann dekat sini pada 1 Disember 2018.

Timbalan Pendakwa Raya Daniel Ilhan Kamaruddin hadir sebagai pihak pendakwaan sementara tertuduh diwakili peguam Christopher Bada, Roy Gingkoi dan Abdul Rahman Mohd Hazmi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan