ARTIKEL

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil ketika beramah mesra dengan murid-murid dalam sembang santai pada Program Pentarama Homecoming di Sekolah Kebangsaan Bangsar hari ini. | Bernama

Kes Zara Qairina: Fahmi minta orang ramai hormati siasatan pihak berkuasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menggesa orang ramai agar menghormati siasatan pihak berkuasa berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

Beliau berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Ketua Polis Negara juga telah mengeluarkan peringatan susulan penyebaran meluas pelbagai kandungan tidak sahih berkaitan kes berkenaan di media sosial.

“Ini satu peringatan, jangan sebarkan kandungan yang tidak disahkan.

Kita perlu berwaspada.

Banyak maklumat yang diterima melalui media sosial kadangkala tidak dapat dipastikan ketulenannya, sama ada ‘genuine’ ataupun dihasilkan oleh AI dan sebagainya.

“Kita serahkan kepada pihak berkuasa dan AGC. Kita perlu menaruh kepercayaan kepada mereka untuk menjalankan tugas secara adil dan saksama, tanpa melindungi sesiapa,” katanya.

Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program PENTARAMA Homecoming dan PENTARAMA X Kelab Malaysiaku sempena Hari Kebangsaan dan Malaysia (HKHM) 2025 di Sekolah Kebangsaan Bangsar di sini hari ini. 

Beliau turut memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah memberi jaminan bahawa tiada sesiapa akan dilindungi, dan mana-mana pihak yang terbukti terlibat dalam kes itu akan dibawa ke muka pengadilan.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai lepas.

Pelajar terbabit dibawa ke hospital selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4 pagi, 16 Julai lepas.

Siasatan kes tersebut kini sedang dilengkapkan oleh PDRM selepas dipulangkan semula oleh AGC pada Selasa. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu