ARTIKEL

Kesedaran pengguna Malaysia masih di tahap sederhana

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Indeks Pendayaupayaan Pengguna di Malaysia dikategorikan sebagai sederhana, iaitu masih pada tahap 63.1 peratus.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata indeks ini menunjukkan pengguna di negara ini masih belum benar-benar menghayati dan mempraktikkan hak-hak mereka sebagai pengguna.

Menurutnya, KPDNHEP telah membangunkan pelbagai inisiatif dalam memperkasakan pengguna, antaranya adalah melalui Aplikasi “Price Catcher”.

“Aplikasi ini adalah untuk membuat perbandingan harga bagi mendapatkan barangan pada harga yang berpatutan,” katanya sempena Sambutan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia dan Hari Pengguna Kebangsaan 2021, hari ini.

Selain itu, katanya ada juga aplikasi “MySales Tracker” untuk memberikan kemudahan kepada pengguna membuat semakan aktiviti jualan murah di sekitar lokasi pengguna.
……Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 16 Mac 2021

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan