ARTIKEL

RONDAAN... Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming meluangkan masa menyertai anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kampung Assyakirin Fasa 3 melakukan rondaan di sekitar kampung berkenaan, Sabtu malam.

Keselamatan komuniti tanggungjawab bersama – Johnny Pang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Keselamatan komuniti merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara penduduk, pihak berkuasa dan pasukan sukarelawan bagi mewujudkan persekitaran yang aman serta bebas daripada jenayah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, berkata usaha menjaga keselamatan tidak boleh disandarkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahupun agensi penguat kuasa, sebaliknya memerlukan penglibatan aktif masyarakat menerusi semangat kejiranan dan sikap saling mengambil berat.

RONDAAN… Johnny Pang Leong Ming bersama anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kampung Assyakirin Fasa 3 ketika melakukan rondaan di sekitar kampung berkenaan, Sabtu malam.

Beliau berkata, penglibatan penduduk dalam program seperti Skim Rondaan Sukarela (SRS) mampu menjadi pelengkap kepada usaha pihak berkuasa dalam meningkatkan tahap keselamatan di kawasan perumahan.

“Keselamatan komuniti bermula daripada kesedaran setiap individu. Apabila penduduk mengenali jiran, saling berhubung dan mengambil berat antara satu sama lain, risiko jenayah dapat dikurangkan kerana setiap pergerakan yang mencurigakan lebih mudah dikesan.

“Semangat kejiranan yang kukuh merupakan benteng awal dalam mencegah kejadian tidak diingini. Sebab itu saya menggalakkan lebih ramai penduduk menyertai SRS dan bersama-sama memainkan peranan menjaga keselamatan kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas komitmen Pasukan SRS Kampung Assyakirin Fasa 3 yang secara konsisten mengadakan rondaan tiga kali seminggu pada waktu yang tidak ditetapkan, termasuk pada hari bekerja dan hujung minggu.

Menurut beliau, kesanggupan anggota SRS mengorbankan masa rehat untuk menjalankan rondaan secara sukarela mencerminkan semangat tanggungjawab sosial yang tinggi serta keprihatinan terhadap kesejahteraan komuniti.

Katanya, usaha berterusan itu bukan sahaja membantu mencegah jenayah, malah meningkatkan keyakinan penduduk untuk menjalani kehidupan harian dalam suasana yang lebih selamat dan harmoni.

Sehubungan itu, Johnny merakamkan penghargaan kepada semua anggota SRS Kampung Assyakirin Fasa 3 atas dedikasi serta komitmen mereka dalam membantu memelihara keamanan kawasan perumahan.

Beliau turut menyeru penduduk supaya terus menghidupkan budaya kejiranan dengan saling mengenali, bertanya khabar antara satu sama lain dan segera menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan.

“Keselamatan adalah tanggungjawab bersama. Apabila masyarakat bersatu dan saling bekerjasama, kita bukan sahaja dapat mengurangkan kadar jenayah, malah membina sebuah komuniti yang lebih selamat, harmoni dan sejahtera untuk generasi akan datang,” katanya.

BERITA LAIN

ICQS Biawak: Kajian siap hujung tahun ini

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak masih dalam penelitian menerusi kajian kemungkinan Pelan Induk Pembangunan Kawasan Sempadan Sarawak. Menteri

BERITA TERBARU

Projek Ngaga SMK Balingian meseti dirumban

KUCHING: Projek ngaga Sekula Sekondari (SMK) Balingian ti dikategori projek tejanggal enda tau enda diberi perati sereta dirumban dikena nentuka perengkaguna pelajar ulih tembu menyana.