ARTIKEL

Ketengahkan model kaum Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Model perpaduan kaum yang terdapat di Sarawak akan diketengahkan oleh salah seorang ahli Team Ahli Pemikir (TAP) Kementerian Perpaduan Negara, Dr. Jeniri Amir.

Dr Jeniri yang juga Ketua Pegawai Eksekutif akhbar tempatan iaitu Suara Sarawak (SS) dan New Sarawak Tribune (NST) berkata, Sarawak merupakan contoh terbaik dalam mengukuhkan perpaduan integrasi nasional dan sosial di negara ini.

“Meskipun Sarawak terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, namun penduduknya mampu hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

“Saya berharap dapat menyumbang kepada pengukuhan perpaduan negara berdasarkan pengalaman sebagai seorang pengajar subjek perhubungan etnik di peringkat universiti,” katanya kelmarin.

Dr Jeniri yang berpengalaman mengajar subjek Hubungan Etnik berazam untuk menjadikan media arus perdana dan media sosial sebagai salah satu platform mempromosikan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Ini kerana media arus perdana dan media sosial dilihat mampu menangani cabaran masa depan dari segi hubungan etnik.

“Malah saya melihat media memainkan peranan penting kepada perpaduan nasional,” ujarnya.

Baca lain  RUU dana kekayaan berdaulat Sarawak dibentang November ini

Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak apabila mengemukakan namanya sebagai salah seorang ahli TAP.

“Saya mewakili Sarawak secara keseluruhannya dalam memupuk dan mempromosikan perpaduan rakyat Sarawak yang boleh dikatakan terbaik,” katanya.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

1 Rumah 1 Jalur Gemilang, pupuk semangat kebangsaan

KUCHING: Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) diperkenalkan dan dilancar Kementerian Komunikasi merupakan satu simbolik bagi menggerakkan hati rakyat Malaysia. Menteri di Jabatan Premier

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU

Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus – KKM

PUTRAJAYA: Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024,

1 Rumah 1 Jalur Gemilang, pupuk semangat kebangsaan

KUCHING: Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) diperkenalkan dan dilancar Kementerian Komunikasi merupakan satu simbolik bagi menggerakkan hati rakyat Malaysia. Menteri di Jabatan Premier