Ketua Menteri: Politik dan ekonomi stabil jadi keutamaan

MIRI: Kestabilan politik dan ekonomi negara adalah keutamaan buat masa ini, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau menjelaskan bahawa tiada syarat dikenakan berkenaan sokongan diberikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, melainkan untuk kepentingan negara dan rakyat.

Demikian katanya ketika ditanya mengenai keputusan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara.

“Apa yang saya katakan adalah mengikut mandat yang diberikan daripada komponen parti bahawa kita menyokong beliau sebagai Perdana Menteri, tiada syarat dikenakan.

“Kita akan sokong, syarat itu kemudian lah kerana kita tidak mahu negara kita huru-hara,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Wireless Walk di sini, hari ini.

Suara Sarawak