ARTIKEL

Kilang bahan berasaskan silikon karbon Rendah bersepadu yang pertama 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Projek pembinaan “Kilang Bahan Berasaskan Silikon Karbon Rendah Bersepadu Pertama” di Samalaju Industrial Park Bintulu akan memberikan impak positif kepada ekonomi, sosial dan alam sekitar di Sarawak.

Pengerusi Adam Digital Assets Sdn. Bhd. Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penubuhan kilang tersebut juga akan menjadi perintis di Asia Tenggara yang menggunakan bahan mentah iaitu silika kepada produk akhir, panel solar.

Kata beliau, pihaknya juga menubuhkan konsortium usaha sama tersebut dengan tiga syarikat terkemuka iaitu Haitai Solar, CMEC dan Solar Pulse Sdn. Bhd.

“Justeru, kami juga telah mengenal pasti lokasi untuk membina kilang tersebut iaitu di Samalaju Industrial Park Bintulu dengan pelaburan langsung bernilai USD1.5 bilion atau kira-kira RM6.7 bilion.

“Projek ini juga akan bermula pada awal 2024 dan siap menjelang 2025, dan kilang itu juga akan mula beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2026,” katanya.

BERUCAP… Khalid berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Koperatif antara Adam Digital Assets Sdn. Bhd. dengan Haitai Solar, CMEC dan Solar Pulse Sdn. Bhd. di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Koperatif antara Adam Digital Assets Sdn. Bhd. dengan Haitai Solar, CMEC dan Solar Pulse Sdn. Bhd. di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Tambahnya, projek tersebut juga akan menghasilkan kira-kira 4,000 peluang pekerjaan apabila telah beroperasi sepenuhnya kelak dan akan menggaji 3,800 pekerja mahir serta 200 profesional.  

“Ini mencapai 40 peratus daripada sasaran dalam Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 (PCDS) 2030 untuk mewujudkan peluang pekerjaan baharu di dalam industri berkaitan teknologi tinggi.

“Pada masa yang sama, konsortium kami ini juga komited untuk bekerjasama rapat dengan institusi kemahiran, kolej dan universiti di Sarawak,” ujarnya.

BERITA LAIN

Service Sarawak permudah urusan rakyat

BETONG: Sarawak mengwujudkan Service Sarawak untuk memudahkan masyarakat setempat menerima pelbagai perkhidmatan kerajaan. Pelaksanaan Service Sarawak berlandaskan konsep “One Government at Your Service” di mana

BERITA TERBARU