BINTANG realiti dan ikon global, Kim Kardashian, melakar sejarah peribadi apabila berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang perundangan selepas enam tahun penuh cabaran dan pengorbanan.
Menariknya, Kim tidak memilih laluan tradisional melalui kolej atau universiti, sebaliknya menyertai program perantisan di California yang dikendalikan sebuah fi rma guaman di San Francisco.
Kini, dia berada di fasa terakhir sebelum bergelar peguam sah dan sedang bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan kelayakan profesional.
“Saya tidak memilih jalan pintas ke menara gading, sebaliknya berpegang pada keazaman dan disiplin yang tinggi. Program itu dirancang selama empat tahun tetapi akhirnya mengambil masa enam tahun dan ia sangat berbaloi,” ujarnya.
Dedikasi Kim nyata luar biasa, apabila beliau memperuntukkan 18 jam seminggu selama 48 minggu setahun, tanpa gagal, sepanjang tempoh enam tahun tersebut.
Kejayaan manis ini turut diraikan dalam suasana penuh emosi dan kasih sayang apabila ahli keluarganya mengadakan majlis kejutan di Beverly Hills.



