ARTIKEL

Bendera New Zealand | Bernama

KIRA-KIRA 50 PAUS PILOT TERKANDAS DI PANTAI NEW ZEALAND

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WELLINGTON: Kira-kira 50 ekor paus pilot terkandas di sepanjang pantai selatan Wairarapa yang berbatu-batan di Pulau Utara, New Zealand, dengan sebilangan besar haiwan itu dipercayai telah mati, lapor Xinhua memetik kenyataan penduduk tempatan pada Khamis.

Penduduk tempatan memberitahu Radio New Zealand, mereka mengira terdapat kira-kira 50 paus yang terperangkap di celah-celah batu di sepanjang pesisir pantai berhampiran Cape Palliser itu.

Ada antara mereka menyatakan bahawa sepanjang lebih empat dekad, mereka tidak pernah melihat paus pilot terdampar di kawasan tersebut.

Menurut laporan itu, beberapa ekor paus yang masih hidup dibantu oleh penduduk tempatan dengan memastikan tubuh haiwan tersebut kekal basah dan sejuk namun kebanyakan paus dalam kumpulan itu telah mati akibat kecederaan. 

Kumpulan penyelamat paus, Project Jonah, menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 20 ekor paus pilot telah terkandas, dengan empat ekor daripadanya masih hidup.

Penilaian kesihatan sedang dijalankan dan persiapan sedang dibuat untuk usaha mengapungkan semula paus-paus tersebut semasa air pasang lewat Khamis.

Dalam satu hantaran di media sosial, Project Jonah memaklumkan pasukan pakar perubatan paus mereka telah digerakkan dan sedang bekerjasama dengan Jabatan Pemuliharaan serta suku Maori tempatan.
— BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Miliki Pil Nospan, Lelaki Didenda RM4,000


KUCHING: Seorang lelaki dari Kedah dijatuhkan hukuman denda RM4,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana memiliki nospan seberat 3.51