ARTIKEL

Satu Daripada Empat Remaja Tidak Aktif Secara Fizikal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GENEVA: Seorang daripada empat remaja berusia 11 hingga 17 tahun tidak terlibat dalam sebarang sukan atau aktiviti fizikal yang memberikan bebanan, walaupun sedikit, kepada jantung dan sistem peredaran darah, menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dikeluarkan pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Laporan tersebut, bertajuk “Generasi yang ketinggalan – Trend global dalam aktiviti fizikal remaja 2010-2025”, mendedahkan bahawa 25 peratus daripada kumpulan umur itu tidak memperoleh manfaat daripada senaman sedemikian.

“Mereka terlepas manfaat daripada aktiviti fizikal yang mencukupi dan dilakukan secara berkala,” menurut pertubuhan di bawah PBB itu.

Hanya 14 peratus golongan dalam lingkungan umur berkenaan dilaporkan aktif secara fizikal pada tahap sederhana hingga cergas selama sekurang-kurangnya satu jam sehari.

Laporan itu adalah berdasarkan tinjauan di 140 negara yang melibatkan lebih tiga juta peserta.

Salah satu kekangan kajian ialah persepsi mengenai aktiviti fizikal yang dianggap ‘sederhana’ atau ‘cergas’ mungkin berbeza mengikut wilayah atau budaya.

Menurut tinjauan tersebut, remaja perempuan kurang aktif berbanding remaja lelaki di hampir semua negara.

Secara keseluruhan, pada 2025, lebih daripada suku remaja perempuan (28 peratus) dilaporkan tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal pada mana-mana hari sepanjang minggu sebelumnya.

Sebagai perbandingan, kira-kira satu daripada lima remaja lelaki (22 peratus) melaporkan perkara yang sama.

Remaja perempuan juga kurang cenderung untuk melaporkan diri mereka aktif secara fizikal setiap hari.

“Trend ini membimbangkan kerana usia remaja merupakan tempoh kritikal untuk membentuk tingkah laku kesihatan yang akan diamalkan sepanjang hayat,” kata WHO.
— BERNAMA-dpa

BERITA LAIN

BERITA TERBARU