ARTIKEL

Kisah jurutera CubeSat asal Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Pada Januari lalu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika merasmikan Persidangan dan Pameran Aeroangkasa Asia Pasifik (APACE) 2026 di Kuching mengu-mumkan hala tuju pembangunan industri aeroangkasa negeri ini.

Ia termasuk pembangunan teknologi satelit nano seperti Cu-beSat dan menyasarkan pelanca-rannya ke orbit pada 2030. 

Tidak sampai tujuh bulan, Irfan Annuar, anak lelaki Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pem-bangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee merealisasikan setengah daripada impian itu.

Irfan yang baru berusia 25 tahun mencipta sejarah tersendiri, apabila CubeSat “Maverick 3U” yang dibina pasukannya telah meluncur ke orbit, semalam (Selasa). Maverick 3U terbang menaiki pesawat Space X, Falcon 9 dan diluncurkan dari Pusat Pelancaran Vandenberg SLC-4E.

Irfan merupakan penuntut Sarjana Kejuruteraan Astronautik daripada Universiti Southern California. Dan dalam misi ini, beliau berperanan sebagai jurutera Integrasi dan Ujian, di stesen bumi. 

Untuk menjayakan peranannya, beliau dan pasukannya telah membina dan berada di dalam “clean room” untuk lebih 16 bulan, dan secara berhati-hati, menyediakan komponen demi komponen yang diperlukan oleh CubeSat berkenaan. Irfan sendiri berada di sana hampir lapan bulan.

“Sepanjang tujuh bulan setengah saya bekerja di clean room, iaitu bilik kawalan persekitaran tempat kami membina satelit. Saya berada di situ kira-kira lapan jam sehari, termasuk pada hujung minggu dan hari cuti.

“Jadi, melihat hasil kerja ini akhirnya menjadi kenyataan benar-benar merupakan satu impian yang tercapai. Lebih bermakna lagi apabi-la segala ilmu kejuruteraan yang saya pelajari sepanjang lapan tahun lalu kini diuji pada tahap tertinggi — menghantar sesuatu ke orbit dan menerima semula data daripadanya untuk digunakan.

Maverick katanya, bermula sebagai idea sekumpulan pelajar, yang mahu membina sebuah satelit yang mampu mengambil imej dua dan tiga dimensi dari angkasa lepas serta memaparkannya melalui sistem kamera.

“Bagi pasukan kami, keseluruhan proses ini mengambil masa yang agak panjang. Segala-galanya ditentukan oleh objektif misi yang ditetapkan sejak awal. Projek ini mengambil masa lebih empat tahun untuk disiapkan.

“Sepanjang tempoh itu, projek ini ditangani ramai individu dan membabitkan hasil usaha bersama sejumlah besar pelajar.

Dari segi proses integrasi, katanya, kumpulan ini membina satelit kiub ini di dalam clean room. 

“Sebelum memasuki bilik tersebut, kami perlu membersihkan diri sepenuhnya. Keadaannya hampir sama seperti di hospital. Persekitarannya mestilah benar-benar bersih, bebas daripada habuk, pencemaran dan pelepasan elektrostatik.

“Kami membina satelit itu secara berperingkat-peringkat, satu subsistem dan satu subsistem. Selepas siap dipasang, satelit dibawa ke makmal untuk menjalani ujian getaran. Satelit ini jelas Irfan, perlu mampu bertahan menghadapi gegaran yang sangat kuat semasa pelancaran roket.

“ Kami juga menjalankan pelbagai ujian lain dan yang paling penting ialah ujian vakum thermal. 

Satelit sentiasa bergerak keluar masuk ke kawasan yang menerima cahaya matahari di orbit, justeru ia perlu mampu bertahan dalam suhu yang sangat rendah di bawah takat beku serta suhu yang sangat tinggi.

Manakala dalam keadaan vakum pula, ramai mungkin menyangka bahawa kita hanya perlu menghan-tar satelit ke angkasa dan semuanya akan berfungsi dengan baik.

“Namun hakikatnya, banyak bahan yang digunakan di bumi mengandungi gas-gas halus yang boleh terlepas apabila berada dalam keadaan vakum di angkasa. Gas-gas ini boleh merebak dan menjejaskan subsistem lain apabila berdepan dengan keadaan tekanan sifar di angkasa lepas.

Menurut Irfan, pengalaman menyaksikan satelit yang dibangunkannya dihantar ke angkasa lepas merupakan detik yang sukar digambarkan.

“Sesuatu yang anda bina, sentuh dan tandatangani, kemudian dihan-tar ke angkasa, adalah pengalaman yang sangat luar biasa.

“Beberapa bulan lalu, satelit ini masih berupa komponen yang be-rasingan. Melihatnya berkembang menjadi sebuah satelit yang lengkap merupakan satu pengalaman yang amat hebat,” katanya.

Irfan berkata, pembangunan Maveric membabitkan sekitar 50 pelajar sepanjang proses reka bentuk, pembuatan serta integrasi sistem. Dan di peringkat akhir pembangunan, pasukan teras terdiri daripada kira-kira 10 individu yang bertanggungjawab terhadap enam sistem utama satelit termasuk komunikasi, kawalan, kuasa, kom-puter, perisian serta muatan.

Katanya lagi, cabaran terbesar dalam membangunkan CubeSat ialah memastikan setiap komponen mampu berfungsi dalam perseki-taran angkasa yang ekstrem.

CubeSat katanya, bersaiz kecil, na-mun pembangunannya memerlukan tahap ketelitian yang tinggi kerana setiap komponen memainkan peranan penting dalam memastikan satelit berfungsi dengan baik. 

Antara komponen utamanya termasuklah sistem kuasa, antena komunikasi, komputer atas kapal, struktur fizikal, sistem kawalan ori-entasi serta kamera sebagai muatan utama.

“Muatan merupakan sebab utama sesuatu CubeSat dibina. Dan dalam kes ini, kamera digunakan untuk menguji bagaimana paparan LCD berfungsi dalam persekitaran angkasa.

Jelas Irfan, kelebihan CubeSat ialah reka bentuknya yang bersaiz kecil dan dapat dibangunkan pada kos yang lebih rendah berbanding satelit konvensional. Maveric katan-ya, dibangunkan dengan kos sekitar RM700,000 hingga RM800,000.

Jelasnya lagi, Sarawak berada di landasan yang tepat dalam mem-bangunkan industri ini, dan beliau yakin ia akan memberi impak besar kepada segmen penyediaan data. 

“ Bayangkan jika kita terpaksa mencari arah tanpa menggunakan Google Maps. Itulah antara kepent-ingan satelit dalam kehidupan seharian. Satelit juga digunakan untuk pemantauan cuaca kerana ia mampu melihat hampir semua pembentukan awan, sekali gus membantu memantau dan mera-malkan corak cuaca. 

“ Selain itu, CubeSat dan satelit secara amnya mempunyai pelbagai kegunaan lain yang lebih khusus. Antaranya, ia boleh membantu meramal kejadian banjir, menjejaki pergerakan kapal serta memantau penerbangan pesawat. Kelebihan utama satelit ialah kedudukannya yang berada pada altitud yang ting-gi, membolehkannya memperoleh gambaran menyeluruh tentang sesuatu kawasan.”

Jelas anak muda ini lagi, bagi Sarawak, antara sektor yang paling penting menggunakan khidmat satelit ialah pertanian. 

“Ini kerana CubeSat yang dilengkapi kamera hiperspektral berupaya menganalisis kandungan mineral di dalam tanah serta mem-bantu merancang penggunaan sumber tanah dengan lebih berke-san pada masa hadapan.

Ujarnya lagi, keputusan Kerajaan Sarawak membangunkan CubeSatnya sendiri adalah tepat pada masanya, kerana ia dapat mengawal data yang dimiliki, berbanding jika menyewa satelit, yang pemiliknya banyak kerenah dan harga sewaannya berubah-ubah.

Irfan yang pada asalnya belajar di Sekolah Antarabangsa Lodge di Kuching, sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda Kejuteraan di Fakuliti Kejuruteraan Mekanikal di Queen Mary University of London, akan kembali ke tanah air pada 15 Julai depan dan dijangka akan membantu mempromosikan program aeroangkasa kepada anak-anak muda di Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU