ARTIKEL

Kredit: Bernama

KKM sasar bangunkan 81 Welness Hub di seluruh negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LANGAT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan untuk membangunkan 81 buah Wellness Hub di seluruh negara dalam usahanya untuk memperkasakan ekosistem penjagaan kesihatan negara.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata setakat ini, sebanyak 33 buah fasiliti itu telah diwujudkan, meliputi kawasan bandar dan luar bandar dengan baki 48 fasiliti serupa dijangka dapat dicapai menjelang 2033. 

“Walaupun fasiliti kesihatan seperti hospital dan klinik adalah penting, tetapi saya memandang kepada Wellnes Hub sebagai pangkalan, wahana, infra dan ekosistem yang kita bangunkan terutama di bandar dan luar bandar sebagai the real healthcare.

“Kalau kita lihat di sini jika pengunjung datang, petugas akan melakukan saringan kesihatan seterusnya akan diberi bimbingan, pengetahuan, pencerahan untuk (sebagai contoh) menurunkan berat badan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Wellness Hub Kuala Langat di sini hari ini. 

Dzulkefly berkata fasiliti itu di seluruh negara telah memberi manfaat kepada lebih 1.48 juta rakyat Malaysia sejak 2020, dengan 75 peratus daripadanya berjaya menurunkan berat badan, meningkatkan kecergasan fizikal (74 peratus) dan 54 peratus berjaya berhenti merokok sepenuhnya.

“Ini bukti nyata bahawa Wellness Hub bukan sekadar pusat perkhidmatan, tetapi pemangkin perubahan gaya hidup masyarakat.

“Kita ada tiga yang beroperasi di Selangor, iaitu di Hulu Langat, Sabak Bernam dan Kuala Langat. Insya-Allah, Kuala Selangor juga bakal menerima fasiliti baharu pada tahun ini,” katanya.

Wellness Hub yang sebelumnya merupakan Pusat Promosi Kesihatan Komuniti, dinaik taraf sebagai pusat komuniti dan menawarkan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan kepada komuniti setempat melalui bimbingan dan kemahiran perubahan tingkah laku ke arah pembudayan hidup sihat secara konsisten dan lestari.

Majlis itu pada hari ini turut menyaksikan sesi tandatangan Nota Kerjasama antara KKM dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), antara lain melibatkan pelaksanaan aktiviti kesejahteraan kesihatan bersama JBPM termasuk di Akademi Bomba dan Pengkalan Udara Bomba seluruh negara. — Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU