ARTIKEL

Rolland Duat Jubin meninjau tapak pembinaan klinik kesihatan baharu di Julau, pada Rabu.

Klinik Kesihatan Julau siap 2028

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JULAU: Kerajaan komited meningkatkan kualiti hidup rakyat menerusi pembinaan sebuah klinik kesihatan baharu di Julau untuk manfaat penduduk setempat.

ADUN Meluan, Dato Rolland Duat Jubin berkata, projek ini merupakan langkah penting bagi memperkukuh sistem perkhidmatan kesihatan di kawasan pedalaman, khususnya di Meluan.

Menurut beliau, pembinaan klinik berkenaan akan menyediakan kemudahan rawatan yang lebih selesa serta akses kepada perkhidmatan kesihatan moden selain mengurangkan keperluan penduduk mendapatkan rawatan di Sibu atau Sarikei.

“Sebagai wakil rakyat, saya amat gembira dengan pelaksanaan projek ini dan berharap ia berjalan lancar mengikut perancangan,” katanya.

Beliau berkata kepada media ketika mengadakan lawatan ke tapak pembinaan projek klinik kesihatan tersebut, hari ini.

Projek tersebut melibatkan pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 4 (KK4) lengkap dengan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Ia turut merangkumi pembinaan kuarters kakitangan serta pelbagai kemudahan sokongan yang lain.

Skop kerja meliputi pembinaan bangunan, kerja tanah, mekanikal dan elektrikal serta sistem saliran.

Selain itu, kerja landskap, pemasangan pagar keselamatan, tempat letak kenderaan serta kemudahan dalaman dan luaran turut dilaksanakan.

Projek yang dijangka siap sepenuhnya pada 2028 ini dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dengan tempoh kontrak selama 156 minggu.

BERITA LAIN

ICQS Biawak: Kajian siap hujung tahun ini

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak masih dalam penelitian menerusi kajian kemungkinan Pelan Induk Pembangunan Kawasan Sempadan Sarawak. Menteri

BERITA TERBARU

Projek Ngaga SMK Balingian meseti dirumban

KUCHING: Projek ngaga Sekula Sekondari (SMK) Balingian ti dikategori projek tejanggal enda tau enda diberi perati sereta dirumban dikena nentuka perengkaguna pelajar ulih tembu menyana.