ARTIKEL

Kompleks HIKMAH baharu dirasmikan 24 November, sasar 1,000 tetamu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kompleks HIKMAH baharu bakal dirasmikan pada 24 November ini, sekali gus menyasarkan kehadiran kira-kira 1,000 tetamu.

Timbalan Yang Dipertua HIKMAH, Datuk Abang Mohd. Shibli Abang Mohd Nailie berkata, perasmian kompleks berkenaan merupakan satu detik penting dan mercu tanda baharu bagi Hikmah sejak pertubuhan itu didaftarkan pada 1969.

“Ini merupakan satu perkara yang signifikan bagi Hikmah selepas lebih 57 tahun didaftarkan dan menjadi satu mercu tanda terkini buat pertubuhan ini.

“Kita berharap masyarakat dapat bersama-sama meraikan kejayaan HIKMAH pada malam tersebut,” katanya ketika sidang media sempena Majlis Perasmian Kompleks HIKMAH Baharu di Kompleks HIKMAH, di sini, hari ini.

Majlis perasmian yang dijadual akan disempurnakan oleh Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berlangsung pada 8.15 malam.

Mengulas kemudahan di kompleks berkenaan, beliau memberitahu, dewannya kini sudah mula digunakan oleh jabatan tertentu dan orang awam bagi penganjuran program serta majlis perkahwinan khususnya pada hujung minggu.

“Dewan di sini juga boleh memuatkan 150 meja bersamaan kira-kira 1,500 tetamu.

Jadi, untuk majlis perkahwinan yang melibatkan 500 hingga 600 tetamu, ruang ini sememangnya mencukupi.

“Peralatannya juga cukup baik, termasuk sistem bunyi yang jelas,” ujarnya.

Untuk rekod, majlis pecah tanah Kompleks HIKMAH berkenaan disempurnakan oleh Premier pada 2022 dan kompleks itu dibina bersama Sekolah Tahfiz HIKMAH di atas tanah seluas 10 ekar di Petra Jaya, di sini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Tujuh sekolah buru bakat kriket muda

KUCHING: Tujuh sekolah rendah berentap dalam Kejohanan Kriket Bawah 12 Tahun (B-12) Persatuan Kriket Sarawak (SCA) 2026 yang membuka tirai Isnin lalu sebagai usaha mengenal