ARTIKEL

Komputer Raspberry Pi untuk semua sekolah rendah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan komputer Raspberry Pi untuk semua sekolah rendah di negeri kerana ia mempunyai banyak kelebihan yang menepati penekanan asas kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Datuk Amar Michael Manyin Jawong berkata, keputusan menggunakan komputer tersebut dibuat setelah mengambil kira keupayaan dan batasan pelajar melalui penggunaan platform teknologi yang sesuai.

“Komputer Raspberry Pi dapat memenuhi tujuan ini dengan baik atas beberapa faktor penting seperti kosnya 40 peratus murah berbanding komputer riba biasa serta mempunyai keserasian dengan perisian Microsoft Office.

“Selain itu, ia mempunyai fungsi unik yang disebut internet-in-a-box berfungsi sebagai rangkaian intranet dan memastikan pembelajaran masih boleh berlaku walaupun tiada sambungan Internet,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua komputer Raspberry Pi dan komputer standard mempunyai kerumitan berbeza untuk pelbagai aplikasi, bagaimanapun Raspberry Pi lebih sesuai untuk pelajar sekolah rendah dengan penekanan kepada asas ICT dan kemahiran.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr. Kelvin Yii yang meminta Kerajaan Sarawak menjelaskan keputusan untuk membekalkan 1,265 sekolah rendah dengan komputer Raspberry Pi.

Menurutnya, ia adalah hak prerogatif Kerajaan Sarawak untuk melaksanakan projek yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Demi kepentingan masyarakat, kami menjelaskan tujuan tersebut kerana kerajaan serius memupuk budaya inovasi dan menerapkan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah,” katanya.

Manyin berkata, Kerajaan Sarawak telah melantik Sistem Maklumat Sarawak (Sains) untuk membekalkan sekitar 10,100 Pi ke semua sekolah rendah.

“Setiap pakej akan terdiri daripada Raspberry Pi 4 4G yang dimuatkan dengan sumber terbuka office-source, monitor 19.5 inci, satu set papan kekunci dan tetikus, dan Kad Micro SD 64 GB.

“Pakej ini akan merangkumi bekalan, penghantaran, dan pemasangan komputer di sekolah, latihan guru, serta jaminan tiga tahun untuk buruh dan alat ganti.

“Jumlah Raspberry Pi yang diperuntukkan untuk setiap sekolah adalah antara empat hingga 30 unit bergantung kepada jumlah pelajar,” ujarnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan