ARTIKEL

Royston menyampaikan hadiah kepada juara bola jaring dan futsal pada Program Liga Sukan Komuniti (LSK) Bahagian Mukah, baru-baru ini.

Komuniti Mukah sambut baik penganjuran Liga Sukan Komuniti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Program Liga Sukan Komuniti (LSK) Bahagian Mukah 2026 yang berlangsung pada 13 Jun lalu menyaksikan penyertaan menggalakkan daripada pelbagai pasukan dari seluruh kawasan, sekali gus mencerminkan sambutan positif terhadap penganjuran sukan peringkat komuniti.

Dalam acara bola jaring, sebanyak 12 pasukan bertanding dengan DNC muncul juara, diikuti PMU RIFTBORN sebagai naib juara, manakala tempat ketiga bersama disandang oleh Pretty Flowers dan Forty Three Eagles.

Sementara itu, kejohanan futsal turut mendapat sambutan hangat dengan penyertaan 16 pasukan. Footsaltypo FT dinobatkan sebagai juara, diikuti Sesuka FT sebagai naib juara. Tempat ketiga bersama dimenangi oleh Lucu FT dan Saberkas Uniteh FT.

Dalam acara bola tampar lelaki pula, sebanyak 10 pasukan mengambil bahagian dengan CVC muncul juara, manakala All Out meraih tempat kedua. TRS A dan TRS B masing-masing berkongsi tempat ketiga.

Johan menerima hadiah wang tunai RM500 berserta pingat dan piala, naib juara menerima RM300 berserta pingat, manakala pemenang tempat ketiga bersama menerima RM200 berserta pingat bagi ketiga-tiga acara.

Bagi acara bola jaring dan futsal, penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine dan Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah, Bonnie Manau Michael Amerikan.

RAKAM KENANGAN… Mohammad Arbi Rosli merakam gambar kenangan bersama pasukan yang menyertai acara bola tampar pada Program Liga Sukan Komuniti (LSK) Bahagian Mukah.

Hadiah bagi acara bola tampar lelaki pula disampaikan oleh Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah, Mohammad Arbi Rosli.

Dalam pada itu, penganjuran LSK ini bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat melalui aktiviti sukan yang sihat dan berdaya saing.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU