ARTIKEL

Konvoi belia agih keperluan asas kepada golongan memerlukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Konvoi Prihatin Belia Demak Laut mengagihkan bantuan bakul makanan iaitu keperluan asas kepada golongan belia yang memerlukan.

Konvoi ini memberi bantuan kepada 40 penerima dan menfokuskan kepada mereka yang kurang berkemampuan di beberapa lokasi yang dilalui sekitar Demak laut.

Menurut Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni, ia merupakan inisiatif para belia Demak Laut untuk membantu golongan kurang berkemampuan.

Konvoi kali ini melibatkan gabungan Pemuda PBB Demak Laut, Saberkas Cawangan Demak Laut dan Kelab 4×4 Demak Laut yang diketuai oleh Ketua Pemuda PBB Demak Laut merangkap Timbalan Ketua Cawangan Saberkas Demak Laut Sebli Morsidi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya