ARTIKEL

Korban akibat siklon di Brazil meningkat kepada 13 orang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SAO PAULO: Jumlah korban akibat siklon luar tropika yang melanda selatan Brazil pada hujung minggu lalu kini meningkat kepada 13 orang, dengan empat orang masih hilang, menurut agensi pertahanan awam negara itu pada Ahad.

Pada Jumaat, siklon yang mencetuskan banjir dan ribut itu telah menyebabkan kemusnahan di lebih daripada 40 bandar di Rio Grande do Sul, negeri yang bersempadan dengan Uruguay dan Argentina.

Operasi mencari mangsa yang hilang masih berjalan, lapor Xinhua.

Lebih separuh juta penduduk terputus bekalan elektrik dan 4,913 lagi terpaksa dipindahkan.

Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva berikrar untuk menyalurkan bantuan kepada kawasan yang terjejas. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat sayap PBB Tebedu pilih Simon calon GPS

KUCHING: Empat sayap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tebedu sebulat suara menyokong Dr Simon Sinang Bada dicalonkan semula sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS)

Ba’Kelalan berpotensi jadi destinasi pelancongan unik

KUCHING: Keunikan budaya, kraftangan dan hasil tempatan menjadikan Ba’Kelalan berpotensi muncul sebagai destinasi pelancongan baharu yang menarik di Sarawak. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk