ARTIKEL

Fuziah Salleh Foto: BERNAMA

KPDN perkenal kempen ‘Kurang Gula, Kurang Harga’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Kempen ‘Kurang Gula, Kurang Harga’ akan diperkenalkan bagi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai kepentingan amalan pemakanan sihat melalui pengurangan pengambilan gula dalam diet harian.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata beliau telah mengadakan sesi libat urus bersama persatuan restoran dan wakil industri hari ini bagi merangka kempen tersebut.

Antara yang terlibat dalam sesi libat urus itu adalah Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Am Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura (MSCSPGA) dan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA).

“Inisiatif ini dirangka khusus bagi mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia di samping membantu mengurangkan kos rawatan dan perubatan susulan penyakit yang berpunca daripada tabiat pemakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang terutama kandungan gula berlebihan,” katanya dalan kenyataan hari ini.

Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) prihatin terhadap laporanTinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 yang mendapati satu daripada enam orang dewasa atau 15.6 peratus daripada populasi orang dewasa di negara ini didiagnoskan sebagai penghidap penyakit diabetes.

Sehubungan itu. katanya, KPDN komited untuk memulakan beberapa langkah preventif dari sekarang bermula di peringkat pengguna dan pengusaha makanan bermasak.

Menurutnya kempen tersebut akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.

— Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU