ARTIKEL

KPM akan kenal pasti punca guru gagal lapor diri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengenal pasti punca kes segelintir calon guru yang gagal melaporkan diri ke sekolah pada tarikh ditetapkan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ketika ini pihaknya masih menunggu proses pendaftaran guru baharu selesai sepenuhnya sebelum mengenal pasti punca perkara tersebut.

Menurutnya, pendaftaran baharu yang bermula Isnin lalu masih dalam proses dan pihaknya mempunyai masa untuk meneliti secara keseluruhan termasuk punca calon guru berkenaan tidak hadir melaporkan diri.

“Sebaik sahaja saya menerima laporan penuh selepas selesai penempatan guru, kita akan maklumkan dari semasa ke semasa. Ini kerana kita belum memperoleh maklumat sepenuhnya dan ini penting untuk memastikan isu tidak melapor diri dapat ditangani segera supaya masalah kekurangan guru dapat diatasi,” katanya ketika diminta mengulas berhubung isu tersebut.

Fadhlina berkata, isu berkenaan tetap perlu diberi perhatian walaupun jumlah guru yang tidak melaporkan diri sangat kecil.

Terdahulu, Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli berkata, seramai tujuh guru yang diambil menerusi inisiatif Pengambilan Khas Guru Sarawak telah meletak jawatan dan seramai 51 tidak melapor diri.

“Antara faktor utama calon yang tidak melapor diri dan meletak jawatan ialah telah ditawarkan pekerjaan lain, menolak tawaran penempatan dan masalah peribadi,” katanya.

Menurut Omar, sehingga November 2025 Sarawak telah menerima seramai 1,219 guru menerusi inisiatif Pengambilan Khas Guru Sarawak dan daripada jumlah itu 957 ditempatkan di sekolah rendah dan 262 di sekolah menengah.

Sementara itu, beliau berkata unjuran pengisian guru selepas penempatan pada November 2025 berjaya merapatkan jurang kekosongan di sekolah rendah dan sekolah menengah dengan kadar pengisian 98.59 peratus.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Naik Taraf Sekolah Mubaligh di Sarawak

KUCHING: Peruntukan RM30 juta untuk sekolah mubaligh Sarawak tahun ini bukan sahaja bagi menaik taraf infrastruktur, malah RM10 juta daripadanya dikhususkan untuk meningkatkan pencapaian akademik