ARTIKEL

Kru kapal meninggal dunia dalam bilik hotel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang kru kapal ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia dalam sebuah bilik hotel di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu mengesahkan polis menerima laporan berhubung kejadian itu.

Susulan laporan tersebut katanya, sepasukan pegawai dan anggota polis diarahkan untuk ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan ke atas tubuh badan lelaki berusia 50 tahun itu mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan khianat.

“Pegawai perubatan Hospital Miri mengesahkan bahawa mangsa yang juga warganegara meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, satu Kertas Siasatan Mati Mengejut (SDR) telah dibuka bagi mengenal pasti punca kematian.

Sebelum itu katanya, mangsa yang berasal dari Kelantan dilaporkan menginap di Hotel bersama dengan empat orang lagi rakan setugas. 

“Mayat kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Miri untuk tindakan selanjutnya.

“Polis ingin menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes ini kerana akan menganggu siasatan,” katanya.

Sehubungan itu katanya, individu yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berkaitan kes itu diminta tampil ke Balai Polis yang berdekatan untuk menyalurkan maklumat.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan