ARTIKEL

Kuala Lumpur jadi tumpuan Forum Tenaga Bersih ASEAN 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Forum Tenaga Perniagaan ASEAN 2025 (AEBF 2025) yang dijadual berlangsung pada 15 hingga 17 Okt depan berperanan penting menyokong agenda integrasi tenaga serantau, pembiayaan lestari serta peralihan tenaga adil dan inklusif, sekali gus mengukuhkan peranan Malaysia sebagai peneraju pelaburan tenaga bersih di rantau ini.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, forum itu dijangka menghimpunkan 1,500 delegasi terdiri daripada pihak berkepentingan dan pemain industri tenaga ASEAN serta rakan dialog antarabangsa bagi membincangkan pembangunan sektor tenaga secara holistik.

“Malaysia akan memanfaatkan forum ini untuk mengetengahkan peluang pelaburan dalam tenaga boleh baharu (TBB), teknologi rendah karbon, grid pintar serta penyimpanan tenaga,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam) mengenai strategi kementerian menjadikan AEBF 2025 sebagai medan utama menarik pelaburan hijau berimpak tinggi serta memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab tenaga bersih serantau.

Menurut Akmal Nasrullah, sebagai hos, Malaysia berpandangan AEBF 2025 merupakan platform terbaik mempercepat usaha mewujudkan Grid Tenaga ASEAN, meningkatkan daya tahan tenaga, menjamin bekalan elektrik dan menggalakkan penggunaan TBB secara bersepadu di rantau ini.

Selain itu, katanya, AEBF 2025 juga menjadi landasan penting untuk Malaysia memacu agenda peralihan tenaga pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang akan berlangsung pada 26 hingga 28 Okt di sini, sekali gus menyokong aspirasi rantau ini menjadi hab elektrik hijau.

“Malaysia turut komited mencapai sasaran kapasiti TBB sebanyak 70 peratus menjelang 2050. Kepelbagaian sumber tenaga yang dimiliki adalah kelebihan besar dalam menarik minat pelabur terhadap industri TBB,” jelasnya.

Beliau berkata, pelancaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) telah membuka ruang pelaburan besar dalam sektor berasaskan TBB.

“Hasilnya, banyak pengumuman pelaburan dibuat oleh kerajaan hari ini kerana keyakinan pelabur terhadap hala tuju kita dalam peralihan tenaga,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) mengenai kelebihan Malaysia berbanding negara ASEAN lain dalam menarik pelabur. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan