ARTIKEL

MENARIK... Jordan (kiri) melakukan gimik meraikan jaringan bersama Scott Philip dan Ramadhan

Kuching City rampas takhta Borneo Derby

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SABAH: Penyerang naturalisasi, Jordan Mintah, menjadi wira Kuching City FC (KC FC) selepas meledak jaringan tunggal pada perlawanan Derby Borneo menentang Sabah FC di Stadium Likas, pada Sabtu.

Penyerang berusia 30 tahun itu menyudahkan hantaran lintang Scott Philip Galang Woods menerusi tandukan kemas pada minit ke-75.

LAWAN… Gabriel Nistelrooy (putih) cuba merampas bola daripada Stuart John Wilkin

Sekali gus menjadi penentu kemenangan perlawanan dan mengesahkan tiga mata penuh milik pasukan kendalian Aidil Sharin Sahak.

Kemenangan itu menyaksikan Kuching City mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya mencipta kemenangan sulung dalam pertembungan Borneo Derby kali ini.

The City Boys memperagakan aksi bertenaga di separuh masa pertama dengan menguasai perlawanan, namun rezeki masih tidak memihak kepada pasukan selepas beberapa percubaan tidak membuahkan jaringan.

Anak buah Aidil meneruskan rentak menyerang pada separuh masa kedua dengan memasukkan Gabriel Nistelrooy dan Joao Pedro bagi memperkuatkan bahagian serangan.

“Saya gembira dengan persembahan pasukan bukan hanya kerana jaringan tunggal diberikan oleh Jordan, tetapi kita juga berjaya memastikan gawang kita tidak dibolosi dalam perlawanan selaku pasukan pelawat. Perkara itu bukan mudah.

“Kita berjaya melakukan kawalan dengan baik khususnya di separuh masa kedua. Kita juga berjaya memastikan pertahanan bermain dengan baik dan pemain memberikan komitmen yang tinggi,” tegas Aidil, Ketua Jurulatih pasukan, mengenai persembahan malam itu.

Beliau turut berharap pasukan dapat mengekalkan rentak kemenangan menjelang perlawanan akan datang bagi memberi saingan sengit kepada pasukan lain, sekali gus memastikan misi mengumpul tiga mata penuh pada setiap perlawanan dapat dikekalkan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Perkhidmatan feri Batang Paloh ditamatkan

DARO: Pembukaan Jambatan Batang Paloh sepanjang 1.7 kilometer hari ini menamatkan perkhidmatan feri di kawasan berkenaan yang telah beroperasi sejak 2009. Ahli Parlimen Igan, Ahmad

Sarawak sasar kemudahan Sukan SEA siap lebih awal

KUCHING: Semua kerja menaik taraf kemudahan bagi penganjuran Sukan SEA 2027 di Sarawak perlu disiapkan selewat-lewatnya Jun tahun depan bagi membolehkan ujian operasi dijalankan sebelum