KUCHING: Skuad Kuching City FC gagal untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala FA 2023.
Ia berikutan kekalahan teruk (4-0) dialami ketika menentanng Pulau Pinang FC di Stadium Negeri, Petra Jaya malam tadi.
Pasukab pelawat yang terdahulu mengemudi pentas saingan menerusi gol dijaringkan Soony Saad minit ke-10.
Sebelum tiga lagi gol menyusul pada babak kedua menerusi Rafael Vitor Santos De Freitas minit ke-48, Muhammad Hadin Azman minit ke-65 dan Giovane Gomez Da Silva minit ke-90(+5).
Aksi diluar kemampuan sebenar diparaga barisan kesebelasan utama The City Boys sepanjang saingan.
Anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim berpeluang mencipta jaringan, namun beberapa percubaan dilakukan gagal menembusi gawang pelawat yang dikawal kemas Muhammad Azfar Arif Mohd. Shukri.



