ARTIKEL

Kuching City FC bakal mengharungi siri jelajah pra musim di Indonesia bagi menguji keupayaan menentang beberapa kelab utama Liga 1 republik itu.

Kuching City uji tiga kelab utama Liga 1 Indonesia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan Kuching City FC bakal mengharungi siri jelajah pra musim di Indonesia dari 17 hingga 28 Julai ini dengan menguji keupayaan menentang beberapa kelab utama Liga 1 republik itu.

Antara pasukan yang bakal ditentang termasuk tiga kelab dari Liga 1 Indonesia iaitu PSM Makassar, Persita Tangerang dan Dewa United FC yang masing-masing merupakan antara pencabar utama dalam liga profesional tertinggi negara jiran tersebut.

Selain itu, Kuching City juga dijadualkan bertemu pasukan Garudayaksa FC, pendatang baharu dalam saingan Liga 2 Indonesia.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Facebook Kuching City FC, empat daripada lima aksi tersebut akan berlangsung secara tertutup, manakala perlawanan kedua menentang Persita pada 27 Julai akan dibuka kepada penyokong secara bertiket.

Untuk rekod, Dewa United menamatkan saingan Liga 1 musim lalu di tangga kedua, PSM Makassar di kedudukan keenam, manakala Persita menamatkan musim di tempat ketujuh. — TVS

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)