ARTIKEL

Kuching FA kalah 2-1 dalam aksi buka tirai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING FA memulakan saingan Liga Premier 2020 dengan ‘langkah kiri’ kalah 2-1 kepada pasukan pelawat, UKM FC dalam aksi sulung di Stadium Sarawak malam tadi yang disaksikan hampir 4,000 penonton.

Walaupun tuan rumah memguasai permainan, namun UKM FC membuka tirai jaringan empat minit sebelum rehat (minit ke-41) melalui sepakan penalti Lee Seong Woo.

Bagaimanapun, Kuching FA menyamakan kedudukan pada minit ke-55 melalui Rafiezan Razali. Sebelum itu menyaksikan beberapa peluang terlepas begitu sahaja.

Usaha Kuching untuk mencari gol kemenangan tidak kesampaian, sebaliknya UKM FC memanfaatkan peluang pada minit ke-78 melalui Faiz Hanif Adnan, sekali gus memberikan tiga mata berharga kepada skuad pelawat.

“Kami kecewa kerana banyak peluang terlepas begitu sahaja,” kata penolong jurulatih, Ahmad Nurfaizal Patrick.

“Secara keseluruhan para pemain menunjukkan aksi hebat kerana banyak melakukan serangan… kita akan baiki kelemahan tersebut,” ujarnya.

Kuching FA akan menentang Kelantan United di gelanggang lawan pada Jumaat depan (6 Mac).

BERITA LAIN

Selangor FC belasah NSFC, 4-0

KUALA LUMPUR: Selangor FC menjaringkan kesemua gol pada babak kedua untuk menumpaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 4-0 pada aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis

BERITA TERBARU