ARTIKEL

Tangkap layar rakaman video yang menunjukkan kuda lumba berkenaan 'menunggu' di stesen kereta api Warwick Farm, NSW. - Foto: Transport of NSW

Kuda lumba ‘tunggu’ kereta api di Australia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PORTAL berita sky.news di Australia semalam melaporkan tentang satu rakaman video tular yang menunjukkan seekor kuda seakan-akan sedang menunggu kereta api seperti mereka.

Kuda lumba yang dikatakan terlepas itu tiba-tiba muncul di stesen bandar Warwick Farm, New South Wales (NSW), dan berlari anak di atas pelantaran sebelum ia jeda seakan-akan menunggu ketibaan kereta api, malah ia berhenti di belakang garisan kuning.

Rakaman video yang dikongsikan oleh jabatan pengangkutan ‘Transport for NSW’ menunjukkan komuter yang terkejut berundur apabila kuda itu lalu sejurus sebelum tengah malam pada 5 April lepas.

Pihak berkuasa pengangkutan melihat sisi lucu dalam insiden itu apabila mereka berkongsi maklumat tentang kuda tersebut dalam Facebook.

Dalam satu paparan tentang “seorang individu hilang”, mereka menulis: “Dia dilaporkan hanya memakai hamparan dan menunjukkan sedikit kenakalan kuda.

“’Individu’ itu kemudian bergerak ke tempat letak kereta di mana dia dibawa oleh pemiliknya balik ke ‘kediamannya’ dalam keadaan stabil (stable).”

BERITA LAIN

Sejuta penduduk Malaysia alami kemurungan

PUTRAJAYA: Sejuta atau 4.6 peratus penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami kemurungan, demikian menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 yang dikeluarkan pada Khamis. NHMS 2023:

HARIMAU BELANG MATI DILANGGAR DI KLK

KUANTAN: Seekor harimau belang dilaporkan mati dipercayai dilanggar sebuah kereta di Kilometer 50.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah barat awal pagi tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan

BERITA TERBARU