ARTIKEL

KUIH BULAN lambang kekeluargaan, perpaduan di S’wak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

»FESTIVAL Kuih Bulan Antara Budaya yang dilihat mampu mengukuhkan lagi perpaduan rakyat pelbagai kaum di Sarawak. 

Untuk pengetahuan, festival ini merupakan perayaan tradisi komuniti Cina yang biasa di China dan dirai pada musim luruh. 

Kaum Cina menyambutnya dengan kuih bulan bersamasama keluarga, seperti berjumpa dan berkumpul semula.

Justeru, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan festival tersebut sebagai lambang perpaduan dan ikatan kekeluargaan rakyat Sarawak.

 Ini kerana, festival tersebut turut disambut oleh kaum lain meskipun perayaan itu adalah sebahagian daripada budaya Cina. 

Abdul Karim berharap lebih banyak festival dapat diadakan di Kuching bagi merangsang pertumbuhan industri pelancongan tempatan, khususnya acara yang menggalak keharmonian kaum.  

Difahamkan, kuih bulan merupakan perayaan hasil pertanian yang disambut pada hari ke-15 pada bulan kelapan kalendar Cina, iaitu pada akhir Ogos hingga akhir September. 

Festival Kuih Bulan Antara Budaya dianjurkan Persatuan Komuniti Pasar Lama Kuching di Carpenter Street, bermula 20 sehingga 29 September.  

BERITA LAIN

PENTAS SI CILIK serlah potensi diri

Pertandingan Putra Putri Cilik 2026 Edisi Karlas menjadi medan mencungkil bakat kanak-kanak dan remaja, di samping membina keyakinan diri, memupuk keberanian serta menyemai nilai keprihatinan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan