ARTIKEL

Kumpulan pertama pelajar Sarawak selamat tiba di LTAK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kumpulan pertama pelajar Sarawak seramai 287 orang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) dengan penerbangan tengah hari tadi.

Kedatangan pelajar berkenaan yang merupakan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disambut oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Ketika ditemui media, Uggah memberitahu, individu yang tidak menjalani sebarang kuarantin di Kuala Lumpur akan diwajibkan kuarantin selama 14 hari di tempat ketibaan mereka.

“Bagi individu yang telah menjalani kuarantin di Kuala Lumpur, ia terbahagi kepada dua iaitu dengan meneliti tempat asal mereka.

“Sekiranya, mereka akan kembali ke kampung yang merupakan zon hijau, mereka perlu dikuarantin selama 14 hari di lokasi ketibaan mereka,” katanya.

Tambahnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), pada hari kesepuluh, mereka perlu melakukan ujian calitan (swab test) dan jika didapati negatif, mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Katanya, bagi kumpulan pertama kepulangan pelajar Sarawak itu, seramai 26 daripadanya berasal dari zon hijau.

“Ini adalah inisiatif kita untuk terus memelihara zon hijau daripada dicemari pandemik Covid-19.

“Keduanya pula ialah bagi individu yang pulang ke kampung di zon kuning atau merah,” jelasnya.

Menurutnya, mereka akan dipakaikan gelang dan dikategori sebagai individu dibawah pemantauan (PUS) di rumah masing-masing.

“Bagaimanapun, pada hari ketujuh, mereka harus menjalani ujian calitan.

“Secara, keseluruhannya, saya berpuas hati dengan persiapan menyambut ketibaan pelajar Sarawak,” ujarnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan