ARTIKEL

Antara peserta yang mengambil bahagian.

Kurangkan penggunaan plastik, didik masyarakat jaga alam sekitar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kira-kira 300 peserta menyertai aktiviti pengurangan dan pembersihan plastik anjuran Kumpulan Sukarelawan Pelajar Universiti Gereja Tuhan (ASEZ) di MetroCity Square, di sini.

Aktiviti berkenaan bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai bahaya pencemaran plastik yang kian meruncing, selain menggalakkan pengurangan penggunaan plastik dalam kalangan masyarakat.

Setiap tahun, sebanyak 280 juta tan plastik dibuang di seluruh dunia, sekali gus mengundang pelbagai masalah seperti pencemaran marin dan tanah, kemusnahan ekosistem, penyebaran penyakit serta mempercepatkan perubahan iklim.

Berdasarkan jangkaan masyarakat antarabangsa, kebocoran plastik ke alam sekitar dapat dihapuskan sepenuhnya menjelang tahun 2040 sekiranya usaha pengurangan plastik dilakukan secara menyeluruh.

Sehubungan itu, ASEZ menjalankan pelbagai inisiatif kesedaran termasuk forum dan seminar, aktiviti pembersihan, kempen jalanan serta program tandatangan sokongan di pelbagai negara seperti Korea, Amerika Syarikat, India dan Argentina.

Di Kuching, para peserta yang terdiri daripada pelajar universiti dan orang awam berganding bahu mengutip sisa plastik di kawasan bandar sambil menyampaikan mesej penting berkaitan kesan mikroplastik terhadap kehidupan seharian.

Menurut seorang pegawai ASEZ, para pelajar universiti yang merupakan generasi masa depan memainkan peranan penting dalam usaha membasmi pencemaran plastik.

“Orang ramai tanpa sedar mengambil mikroplastik yang bersamaan dengan sehelai kad kredit setiap minggu. Ini menunjukkan bahawa plastik telah menjejaskan hampir semua aspek kehidupan manusia. Kami berharap lebih ramai akan menyertai kami dalam mencegah pencemaran plastik,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sarawak, John Rampai menyifatkan program anjuran ASEZ itu sebagai satu inisiatif yang sangat baik dalam mendidik masyarakat mengenai pentingnya menjaga alam sekitar.

“Sebagai tanda sokongan, Jabatan Alam Sekitar akan sentiasa hadir dalam mana-mana program berkaitan kempen kesedaran dan penjagaan alam sekitar,” ujarnya.

BERITA LAIN

Kompleks UNIFOR lambang keharmonian Sarawak

KUCHING: Kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di Kuching melambangkan identiti Sarawak yang mengutamakan keharmonian dan sikap saling menghormati dalam membina masa depan negeri.

Kebebasan beragama perlu disertai tanggungjawab

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus menghormati dan melindungi kebebasan beragama bagi memastikan rakyat dapat mengamalkan agama masing-masing dalam suasana aman dan harmoni. Premier Datuk Patinggi

BERITA TERBARU

Kompleks UNIFOR lambang keharmonian Sarawak

KUCHING: Kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di Kuching melambangkan identiti Sarawak yang mengutamakan keharmonian dan sikap saling menghormati dalam membina masa depan negeri.