ARTIKEL

Ts Shirley Philip

Lahirkan graduan TVET berkualiti untuk masa depan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Pengarah baharu Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS) Ts Shirley Philip berikrar mahu menjadikan institusi itu sebagai pengeluar graduan bidang latihan teknikal dan vokasional (TVET) yang berkualiti.

Sehubungan itu, katanya, prestasi cemerlang peneraju PMBS sebelum ini harus dikekalkan.

“Tekad saya ingin menjadikan PMBS sebagai sebuah institusi yang melahirkan graduan TVET yang berkualiti.

“Seterusnya, dapat memberi sumbangan kepada Sarawak dan masyarakat pada masa hadapan,” katanya dihubungi, semalam.

Shirley menggantikan Suhaili Aleh yang berpindah ke Politeknik Mukah sebagai pengarah, selepas dinaikkan pangkat. Shirley, 44, sebelum ini merupakan Pengarah Kolej Komuniti Mas Gading.

Beliau merupakan pemegang Sarjana Sains (Kejuruteraan Komputer) dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM) pada 2020.

Untuk rekod, setakat ini PMBS telah dipimpin lima pengarah.

BERITA LAIN

Pesta Tanglung Mukah 2026 tarik 7,000 pengunjung

MUKAH: Kira-kira 7,000 pengunjung membanjiri Pesta Tanglung Bahagian Mukah 2026, mencatatkan peningkatan kehadiran berbanding penganjuran tahun sebelumnya. Pesta yang memasuki edisi kelima sejak diperkenalkan pada

BERITA TERBARU