ARTIKEL

Lakisri hulur sumbangan Aidilfitri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Seramai 570 orang terdiri daripada asnaf, ibu tunggal, warga emas, anak yatim dan fakir miskin menerima bantuan Hari Raya Aidilfitri daripada Lembaga Amanah Kebajikan Islam (Lakisri) Sarikei.

Sumbangan itu disampaikan oleh Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif dalam satu majlis penyampaian sumbangan di Masjid Al-Mutaqqin di sini, semalam.

Len Talif yang juga Pengerusi Lakisri berkata, bantuan tahunan berupa wang tunai itu adalah sumbangan Lakisri, Majlis Islam Sarawak dan Baitulmal manakala sebahagiannya daripada Pusat Khidmat N.41 Kuala Rajang dan Parlimen P.206 Tanjung Manis.

“Program ini bertujuan mengimarahkan sambutan Ramadan selain menzahirkan keprihatinan bagi meringankan beban golongan tersebut menyambut lebaran tidak lama lagi.

“Kami akan terus mengadakan program ini secara tahunan bagi membantu lebih ramai golongan memerlukan,” katanya kepada Suara Sarawak.

Len Talif menyampaikan sumbangan Lakisri kepada asnaf di Masjid Al –Mutaqqin Sarikei.

Dalam pada itu, ADUN N.41 Kuala Rajang ini turut menasihatkan penerima supaya memanfaatkan sumbangan dengan sebaik mungkin.

Katanya, program itu satu aktiviti yang baik kerana bukan sahaja dapat mendekati masyarakat peringkat akar umbi tetapi juga memberi peluang menyalurkan sumbangan dan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Setiap tahun, kita melihat pelbagai agensi mengadakan program sumbangan sebagai salah satu wadah penting mengimarahkan sambutan Ramadan.

“Amalan bersedekah, adalah dituntut dalam Islam untuk menjadikan kita sebagai insan yang sentiasa bersyukur,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan masyarakat Islam supaya terus mengamalkan budaya bekerjasama bagi membentuk kekuatan dalam kalangan ummah.

“Saya juga ingin menyeru semua pihak khasnya golongan belia untuk menggunakan media sosial ke arah yang lebih membina dan memberi manfaat.

“Jangan menyalahgunakan media sosial untuk menyebar atau menyampaikan sesuatu maklumat yang tidak tepat.

“Lebih baik jika kelebihan teknologi digital ini digunakan untuk sesuatu yang berfaedah dan bukan memecahbelahkan masyarakat,” ujarnya.

Turut menerima sumbangan jawatankuasa pengurusan surau dan masjid di sekitar Sarikei serta Bintangor di samping imam dan peserta khatamal al-Quran sepanjang Ramadan.

Hadir sama Timbalan Residen Bahagian Sarikei, Abang Mohd Porkan Budiman, Pengurus Lakisri, Abdul Kadir Naim, Pegawai Jais Sarikei, Syed Harold Salleh Wan Mohammad, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Muttaqqin, Abang Ibrahim Kipni dan Penghulu Awang Ahmad Dawi Ibrahim.

Sumbangan bertujuan menceriakan penerima menjelang lebaran tidak lama lagi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan