SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

LAKU sumbang RM20,000 kepada FAS

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
SERAH…Datuk Nelson Balang Rining (empat kanan) menyerah replika cek kepada Abang Zulkarnain (tiga kiri).

KUCHING: Sedikit keceriaan pada raut wajah barisan exco Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) selepas menerima dana sumbangan daripada Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU) berjumlah RM20,000.

Majlis ringkas penyerahan sumbangan terbabit disempurnakan Pengerusi LAKU, Datuk Nelson Balang Rining sambil FAS diwakili Presiden, Abang Zulkarnain Abang Abdul Rahman.

Menurut Abang Zulkarnain, pihaknya ingin merakam ucapan terima kasih kepada pihak LAKU atas keprihatinan menyalurkan sumbangan terbabit.

“Kita percaya dengan adanya sumbangan yang dihulurkan ini, ia akan menjadi pemangkin dan modal pertama dalam membangkitkan semula sukan bola sepak di Sarawak selepas ini,” ujar beliau ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan daripada LAKU di Pejabat FAS, di sini, hari ini.

Beliau turut mengalu-alukan sokongan serta kerjasama badan korporat atas kapasiti sebagai rakan strategik.

“Usaha ke arah itu amat dinantikan dalam merealisasi misi meningkatkan pembangunan sukan bola sepak di negeri ini.

“Sekali gus membuka semula landasan bagi mengembalikan zaman kegemilangan sukan terbabit seperti yang pernah berlaku pada era Ngap Sayot.

Baca lain  Tze Liang cabar penerjun muda teruskan legasi Malaysia di Sukan Sea

“Pihak kita bersikap terbuka sekiranya ada badan korporat yang mahu menjadi rakan strategik selepas ini,” tambah beliau lagi.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Kemenangan ke-13 JDT

SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan rekod bersih apabila melakarkan

Perasmian menakjubkan

KEMBOJA mengalu-alukan penyertaan 2,000 atlet ‘istimewa’ dengan pericikan bunga api

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru