ARTIKEL

Laluan ditutup sementara sempena perarakan Hari Wesak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan melakukan penutupan jalan dan lencongan sempena perarakan Hari Wesak, di Padang Jubilee, di sini, esok.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa berkata, perarakan tersebut merupakan anjuran Persatuan Buddhist Malaysia dan melibatkan seramai 2,000 orang serta 14 buah kenderaan pelbagai jenis.

Katanya, laluan yang akan dilalui oleh perarakan ini adalah Jalan Padungan, Jalan Bulatan Sri Aman, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Temple, Jalan Tabuan, Jalan Ban Hock, Lorong Central Timur 3 dan Padang Jubilee.

Sementara katanya, lokasi jalan yang akan ditutup melibatkan jalan di lampu isyarat St Mary dan Bulatan Sri Aman, lampu isyarat Jalan Padungan dan Jalan Pending.

“Penutupan dan lencongan jalan ini bermula jam 4.30 petang hingga 11.30 malam.

“Penutupan dan lencongan jalan ini adalah bergantung kepada keadaan semasa yang difikirkan sesuai berdasarkan penilaian aliran trafik oleh pegawai polis yang bertugas agar tidak menggangu pengguna jalan raya yang lain yang ingin melakukan aktiviti harian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang ingin hadir menyaksikan perarakan itu dinasihatkan untuk meletak kenderaan di lokasi yang ditetapkan iaitu di Medan Letak Kenderaan Padang Jubilee dan Medan Letak Kereta Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Tambahnya, orang ramai juga dinasihatkan untuk mematuhi isyarat kawalan lalu lintas yang diarahkan oleh pegawai polis yang bertugas dan dilarang meletakkan kenderaan di bahu jalan yang boleh menggangu aliran trafik dan menyebabkan kesesakan.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan