ARTIKEL

Vessels are seen anchored in the Strait of Hormuz, off the port city of Khasab on Oman’s northern Musandam Peninsula on May 17, 2026. Washington, locked in conflict with Tehran since US and Israeli forces launched major strikes on the Islamic republic beginning February 28, has struggled to break an impasse and make any progress toward ending a war that has shaken the Middle East and sent energy prices climbing. The war has led to an effective blockade of the critical Strait of Hormuz, through which some 20 percent of global oil exports pass in peacetime, and has drawn neighbors Israel and Lebanon into a deadly side conflict. (Photo by AFP) /

Laluan eksport baharu minyak mentah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Iraq meningkatkan kapasiti eksport minyak mentahnya kepada lebih tiga juta tong sehari dan merancang meningkatkannya kepada lima juta tong sehari ketika negara itu membangunkan laluan baharu yang tidak melalui Selat Hormuz, lapor Anadolu Ajansi memetik Menteri Minyak Basim Mohammed Khudair pada Ahad.

Khudair memberitahu Agensi Berita Iraq (INA) bahawa eksport telah mencecah kira-kira tiga juta tong sehari sejak awal September.

Beliau berkata kerajaan mahu meningkatkan kapasiti itu kepada lima juta tong sehari selepas saluran paip strategik yang menghubungkan medan minyak Iraq dengan Fishkhabur di utara dan pelabuhan Banias di Syria yang terletak di Mediterranean siap dibina.

Baghdad turut berusaha memperluas laluan eksport alternatif bagi mengurangkan kebergantungan kepada Selat Hormuz. Bulan lepas, Perdana Menteri Ali Faleh al-Zeidi mengarahkan kerja diteruskan bagi dua laluan saluran paip strategik, iaitu Basra-Haditha-Fishkhabur dan HadithaBanias.

Laluan utara akan menghubungkan medan minyak di selatan dengan Fishkhabur berhampiran sempadan Turkiye, sekali gus menyediakan akses ke saluran paip Kirkuk-Ceyhan dan pelabuhan Ceyhan di Mediterranean, Turkiye.

Laluan barat pula akan menghubungkan Haditha dengan pelabuhan Banias di Syria, sekali gus menyediakan satu lagi laluan bagi Iraq ke Mediterranean dan berpotensi menghidupkan semula koridor minyak bersejarah antara kedua-dua negara.

Kerajaan memaklumkan projek itu bertujuan mempelbagaikan laluan eksport dan meningkatkan keupayaan Iraq untuk mengeksport minyak mentah ke luar negara.

Iraq mempunyai kira-kira 145 bilion tong rizab minyak terbukti, menurut angka rasmi.

Pengeluaran minyak negara itu merosot kepada kira-kira 1.3 juta tong sehari semasa perang Amerika Syarikat-Israel terhadap Iran yang bermula pada akhir Februari, berbanding 3.3 juta tong sehari sebelum konflik itu, sebelum mula pulih pada Julai dan Ogos. Usaha menyediakan laluan eksport alternatif itu dilakukan ketika gangguan di Selat Hormuz berterusan susulan ketegangan antara Washington dengan Tehran.-Bernama-Anadolu

BERITA LAIN

BERITA TERBARU