ARTIKEL

Laluan rosak Bukit Lima ditutup sejak beberapa bulan lalu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Laluan pejalan kaki yang rosak di kawasan Rizab Semula Jadi Bukit Lima, Sibu, seperti dilaporkan sebuah akhbar, adalah sebahagian daripada rangkaian laluan lama yang sudah ditutup kepada orang awam sejak beberapa bulan lalu.

Menjelaskan perkara itu, Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berkata notis penutupan sudah dipasang bagi memaklumkan pengunjung bahawa laluan berkenaan sedang diselenggara dan kemasukan dilarang atas sebab keselamatan.

“SFC telah mengarahkan pihak pengurusan taman untuk memperketat langkah-langkah keselamatan bagi menghalang orang ramai daripada memasuki laluan yang telah ditutup tanpa kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut SFC, Fasa 1 projek pembangunan Rizab Semula Jadi Bukit Lima berjaya disiapkan dengan menyediakan kemudahan rekreasi yang lebih baik.

SFC berkata, kemudahan itu merangkumi laluan pejalan kaki baharu sepanjang 600 meter, laluan pejalan kaki sepanjang dua kilometer yang sudah dinaik taraf bagi menghubungkan pintu masuk selatan dan utara, serta sebuah pusat sehenti yang dilengkapi kemudahan untuk pengunjung.

“Kemudahan ini telah dibuka secara rasmi kepada orang awam pada Julai 2026,” katanya.

SFC menambah, susulan perkembangan itu, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluluskan peruntukan RM38 juta di bawah Projek Rakyat bagi Fasa 2 projek pembangunan Rizab Semula Jadi Bukit Lima.

“Sebahagian daripada peruntukan itu akan digunakan untuk membina dan menaik taraf laluan pejalan kaki, termasuk menggantikan laluan rosak yang dinyatakan dalam laporan berkenaan. Kerja ini antara keutamaan dan dijangka bermula pada awal 2027,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Minat burung berkicau medium eratkan silaturahim

BINTULU: Minat terhadap burung berkicau bukan sekadar hobi, malah mampu menjadi medium menyatukan masyarakat, merapatkan hubungan komuniti dan memupuk semangat perpaduan tanpa mengira latar belakang.