KUALA LUMPUR: Seramai 34 graduan Sarawak menerima surat tawaran pekerjaan menerusi Inisiatif Kerjaya Kenyalang dalam Program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2024, di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.
Tawaran tersebut adalah daripada Yayasan Peneraju, SLB, Affin Bank, Petros dan Petronas .

Yayasan Peneraju dan SLB masing-masing menawarkan pekerjaan kepada tiga graduan, Affin Bank (enam), Petros (lapan) dan Petronas (14).
Kesemua graduan menjalani ujian dan saringan dan menghadiri sesi temu duga sebelum berjaya menerima surat tawaran pekerjaan tersebut.
Manakala, bagi biasasiwa Yayasan Sarawak Tun Taib dan Yayasan Sarawak Tunku Abdul Rahman, Abang Johari menyampaikan kepada 400 pelajar, dengan jumlah masing-masing seramai 200 pelajar.
Dalam pada itu, Abang Johari turut menyampaikan geran berjumlah RM4,386,500 kepada 626 penerima di bawah Program Ke Arah Keusahawanan (GERAK) dan geran berjumlah RM1,422,000 kepada 216 penerima Program Usahawan Teknikal dan Vokasional (USTEV).



