Difahamkan Rusia melabur RM7.3 bilion (Eur1.6 bilion) dalam pembinaan landasan.
Iran dan Rusia pada Rabu menandatangani perjanjian membina landasan kereta api sepanjang 162 kilometer bagi menghubungkan Asia Selatan dan Eropah Utara.
Landasan kereta api antara bandar Rasht dan Astara di utara Iran dibina sebagai sebahagian daripada Koridor Pengangkutan Utara-Selatan antarabangsa (INSTC), menurut laporan yang diterbitkan di laman sesawang pejabat presiden Iran.
Difahamkan, Rusia akan melabur EUR1.6 bilion (US$1.73 bilion) dalam pembinaan landasan kereta api yang dijangka siap dalam tempoh 48 bulan.






